Pengawasan Beban Tak Mengganggu Menggunakan Mesin Penyokong Vektor (Nonintrusive Load Monitoring Using Support Vector Machine)

Journal Title: Jurnal Kejuruteraan - Year 2018, Vol 30, Issue 2

Abstract

Kertas kerja ini membentangkan pembangunan pengawasan beban tak mengganggu (PBTM) untuk mengenal pasti beban dengan menggunakan pengelasan mesin penyokong vektor berbilang (MPVB). Suatu kaedah pengawasan beban diselia dilaksanakan untuk mengenal pasti tiga jenis beban yang kebiasaannya terdapat di bangunan komersial iaitu lampu pendaflour, penghawa dingin dan komputer peribadi. Parameter kuasa asas yang terdapat pada meter pintar dan penyarian sifat kuasa lain yang lebih terperinci dipertimbangkan dalam kertas kerja ini. Sifat kuasa yang berkesan ditentukan dengan melakukan pemilihan sifat mengikut kombinasi yang berpotensi. Selain itu, teknik baru penyarian sifat, iaitu, jelmaan masa-masa (MM) diperkenalkan dalam kajian ini. Suatu kaedah pemilihan sifat kuasa yang sistematik dilaksanakan dengan mempertimbangkan kombinasi terbaik untuk tujuan perbandingan. Berikutan penggunaan meter pintar komersial di sektor pengguna adalah majoriti dengan kadar pensampelan yang rendah, perlaksanaan eksperimen dan kajian yang dilakukan adalah di bawah pengukuran penggunaan yang sebenar dengan pensampelan yang rendah. Kadar pensampelan rendah yang sesuai untuk PBTM dikaji mengikut spesifikasi meter pintar komersial dengan tiga keadaan pensampelan iaitu 1 minit, 10 minit dan 30 minit. Satu set data pengesahsahihan dengan aktiviti beban secara rawak digunakan untuk menguji kemantapan kaedah PBTM yang dibangunkan. Justeru, teknik pengelasan beban menggunakan MPVB dibandingkan dengan teknik lain seperti bayes lurus dan K-kejiranan terdekat (KKT) untuk menilai prestasi MPVB yang dicadangkan untuk PBTM. Menerusi keputusan yang diperolehi, kaedah yang dicadangkan iaitu MPVB menunjukkan keputusan pengelasan yang terbaik dengan 99.94% ketepatan dalam mengenal pasti beban. Justeru, berdasarkan kadar pensampelan yang dikaji pensampelan 1 minit menunjukkan penggunaan pengawasan beban yang terbaik berbanding pensampelan lain yang dikaji untuk tujuan PBTM.

Authors and Affiliations

Khairuddin Khalid, Azah Mohamed, Ramizi Mohamed, Nor Azwan Mohamed Kamari

Keywords

Related Articles

Preliminary Study of Alkaline Direct Ethanol Fuel Cell by Using Crosslinked Quaternized Poly (Vinyl Alcohol)/Graphene Oxide Membrane

A crosslinked of Quaternized Poly (vinyl alcohol)/Graphene oxide (QPVA/GO) composite membrane was prepared via quaternization and solution casting method. With the main objective is to performed lower ethanol permeabilit...

Droplets Tracing in a T-junction Microchannel

Emulsions consist of small liquid droplets immersed in another liquid, typically either a mix of oil in water or water in oil. Emulsions have wide applications in the production of pharmaceutical products, food and cosme...

Tensile Properties and Strain Response of Cu-Al Bi-Metal Tube

Recent high price of copper in global market forced the heat, ventilation, and air condition (HVAC) industry players to find alternative materials with relatively lower market price compared to copper such as aluminium f...

Kesan Ketidakseragaman Sedimen Dasar ke Atas Kerokan Tempatan di Sekitar Tiang Bersilinder (The Effect of Non-Homogeneous Sediment Bed on Local Scour Around Cylindrical Pier)

Studies of local scour around bridge commonly employed homogenous non-cohesive sediment as their simplified sediment parameters. However, sediment in real water stream is non-homogeneous with varying grain size distribut...

Vibration Based Piezoelectric Energy Harvesting Utilizing Bridgeless Rectifier Circuit

The energy harvesting technique has the capability to build autonomous, self-powered electronic systems that does not depend on the battery power for driving the low power electronics devices. In this paper, a voltage do...

Download PDF file
  • EP ID EP455572
  • DOI 10.17576/jkukm-2018-30(2)-17
  • Views 101
  • Downloads 0

How To Cite

Khairuddin Khalid, Azah Mohamed, Ramizi Mohamed, Nor Azwan Mohamed Kamari (2018). Pengawasan Beban Tak Mengganggu Menggunakan Mesin Penyokong Vektor (Nonintrusive Load Monitoring Using Support Vector Machine). Jurnal Kejuruteraan, 30(2), 265-273. https://europub.co.uk./articles/-A-455572